Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Muzium Negeri Sembilan - 30 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Muzium Negeri Sembilan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Muzium Negeri Sembilan


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19

Klasifikasi : Kewangan

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Taraf Jawatan : Tetap

Jumlah Kekosongan : 1 (satu)

Gred/ Jadual Gaji : Gred W19

Gaji Minimum - RM 1,353.00
Gaji Maksimum - RM 4,005.00

Kadar Kenaikan (Gaji Tahunan) : RM 100.00


2. Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan terus hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia,

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Kelayakan Masuk:

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut, (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang dilktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang ditktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,408.40) atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-Pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir Kewangan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

5. Ringkasan tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman,

6. Maklumat Tambahan:

Pemohon dengan kelayakan SKM  hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> ‘Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Pemohon dengan kelayakan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan atau peringkat Tertinggi hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> "Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/lkhtisas”.


Cara Membuat Permohonan:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang SPA.1 Pin. 7/91 yang boleh didapati di Pentadbiran LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN atau dimuat turun di laman web http:/Imns.ns.gov.my ( admin ada link muatturun borang di bawah )
 
b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan yang diakui sah, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan laindain dokumen yang berkaitan beserta gambar berukuran passport. Bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Sembilan hendaklah mengemukakan salinan Sijil Lahir ibu/bapa yang diakui sah yang membuktikan kelahiran Negeri Sembilan.

c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan /Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab 'A' — 1973 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan bertaip beserta salinan Laporan Nitaian Prestasi Tahun untuk tempoh tiga (3) tahun.

d) Calon -calon yang berkelayakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada

Pengarah
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus


Perhatian:

Permohonan yang lewat diterima , tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan tidak lengkap dengan dokumen-dokumen sckongan tidak akan dipertimbangkan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Mei 2023 (Selasa)





Jawatan Kosong di Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Latar Belakang

Selari dengan perkembangan pesat bidang permuziuman di negara ini di awal tahun 20-an, beberapa buah muzium yang terdiri dari muzium negeri, institut, jabatan dan organisasi telah ditubuhkan, kesedaran untuk memelihara warisan sejarah merupakan faktor utama penubuhan pelbagai muzium di seluruh negara. Di Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri diperuntukkan dengan akta-akta dan undang-undang tertentu dan tersendiri. Muzium merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah kehendak Enakmen Lembaga Muzium Negeri.

Lembaga Muzium adalah satu badan yang bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya terbuka kepada umum, memperolehi, memelihara, menghubungkan, mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, penelitian dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.

Mengurus perolehan, pemuliharaan, pemeliharaan dan pameran segala warisan sejarah dan budaya negeri bagi menanam kesedaran dan cinta masyarakat, pelajar dan pelancong dalam serta luar negeri terhadap warisan sejarah dan budaya negeri selaras dengan tujuan penubuhan Enakmen Lembaga Muzium Negeri Sembilan 1956.

Post a Comment