Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) - 25 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.


Jawatan:

1. PEGAWAI PENILAIAN W41

Jadual Gaji
Minimum RM 2,094.00
Maksimum RM 9,585.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00
Elaun Tetap Perumahan RM 300.00
Elaun Tetap Khidmat Awam RM 300.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya .
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41 ; RM 2,508.29).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon hendaklah memiliki KEPUJIAN (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) ATAU

(ii) lulus Peperiksaan lkhtisas Bahagian I, Bahagian 1 dan Bahagian Ill anjuran Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(b) had umur perlantikan :

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun


Penetapan Gaji Permulaan:

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred W41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan


Tempoh Percubaan:

Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun


Latihan:

Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh  Ketua  Jabatan Perkhidmatan yang berkenaan.


Program Transformasi Minda

Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Tranformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan Perkhidmatan yang berkenaan


Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah :

(a) memenuhi tempoh percubaan

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan


Taraf Jawatan : TETAP


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan memuat turun borang di laman web http://www.mdsrenggam.gov.my. (admin ada sediakan link muatturun borang di bawah)

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing- masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 Peraturan 18.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
(BAHAGIAN SUMBER MANUSIA),
KOMPLEKS PENTADBIRAN
MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM,
JALAN PERSIARAN MUAFAKAT,
86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR.
(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa memohon dan mengembalikan borang-borang permohonan. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

i. salinan kad pengenalan yang telah disahkan

ii. salinan sijil kelahiran yang telah disahkan

iii. salinan sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan

iv. 1 keping gambar yang terbaru berukuran passport

v. lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Gred 41 dan ke atas.

Pemohon juga hendaklah menyediakan ‘video resume’ sebagaimana berikut :

1. Berdurasi tidak lebih dari 3 minit
2. Menggunakan suara pemohon sebenar
3. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah :

- Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.
- Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.
- Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
- Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon.
- Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.
- Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon.
- Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO'.
- Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
- Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
- Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon.


Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif.

Semua ‘video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat info@mdsrenggam.gov.my

Pemohon hendaklah menyertakan transkip keputusan setiap semester dan juga salinan ijazah berkaitan.

Pemohon yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan akan ditolak

Semua dokumen perlu disahkan oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 dan keatas sahaja.

Kelebihan akan diberikan kepada calon yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan di Perkhidmatan Awam.

Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Mei 2023 (Khamis)



Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR)

Latar Belakang

Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri Johor.

Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996, Pejabat ini dengan resminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama.

Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.

Post a Comment