Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) - 6 Jun 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)


Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan Jawatan : 1

Jadual Gaji:
Min : RM 2,315.00
Mak : RM 9,618.00

Elaun:
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM300.00

Syarat Lantikan:

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM 2,315.00); atau

ii) Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41 RM2,522.44); atau

iii) Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau

iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11).

2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan Jawatan : 1

Jadual Gaji:
Min : RM 1,549.00
Mak : RM 5,684.00

Elaun:
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM160.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
iii) Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM350.00

Syarat Lantikan:

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau pemprosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM 1,549.00); atau

ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau

iii) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00); atau

iv) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,929.89).

2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara Membuat Permohonan:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu www.mpaj.gov.my

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

ii) Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;

iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara - (jika berkenaan);

iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);

v) Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan

vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT yang terkini).

d) Calon-calon yang terpilih akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan Ujian Kecergasan (Fitness) (sekiranya ada) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.


Penting:

i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.

ii. Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.

iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iv. Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

v. Slip akuan penerimaan borang permohonan hendaklah diisi dan disertakan dengan setem RM1.50 sen.

vi. Sebarang pertanyaan atau kesulitan sila hubungi talian 03-4285 7040 / 7037.

Semua permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
MENARA MPAJ
JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Jun 2023 (Selasa)





Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

Latar Belakang

Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'.

Post a Comment