Jawatan Kosong 2023 di Majlis Profesor Negara | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Profesor Negara
Positions:
1. PEMANDU MERANGKAP PEMBANTU AM PEJABAT
Latar Belakang
Dalam usaha kerajaan membangunkan negara khasnya dengan pendekatan model baru ekonomi baru serta proses mengukuhkan struktur sosial, sumbangan kumpulan pemikir untuk menyumbang buah fikiran dalam menambah nilai dan menjayakan program-program adalah amat diperlukan. Antara sumber utama daripada kategori inteligensia yang berpotensi untuk digembleng dan boleh memain peranan secara lebih berkesan adalah kalangan para profesor di Institusi Pengajian Tinggi.
Majlis Profesor Negara (MPN) telah diluluskan penubuhannya oleh Kabinet pada tarikh 3 Februari 2010 sebagai projek khas dan dilancarkan pada 1 April 2010 di PICC oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak. Pelancaran ini menjadi titik tolak kepada penggabungan kepakaran 1,426 orang profesor yang dikumpulkan mengikut kepakaran masing-masing dan membuka peluang untuk mereka memberi sumbangan secara lebih strategik kepada negara.
Bagi meningkatkan kredibiliti MPN serta menampakkannya sebagai intelligensia negara yang bebas, strukturnya telah diubah menjadi MPN Inc. bermula pada 16 Disember 2014 setelah diluluskan penubuhannya di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan. Struktur organisasinya terdiri daripada Lembaga Pengarah, Sekretariat, 14 kluster dan 2 projek khas nasional serta 20 Majlis Profesor Universiti yang didalamnya merangkumi seramai 2579 orang profesor dari IPTA dan IPTS.
Description:
1. Bertindak sebagai pemandu untuk pihak pengurusan dan sekretariat MPN ketika diperlukan
2. Memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan kemas
3. Memastikan kenderaan selamat dan terjamin sepanjang masa di dalam atau di luar premis syarikat
4. Memastikan rekod penyelenggaraan syarikat dikemaskini
5. Melakukan penyelenggaraan berkala terhadap kenderaan, seperti menukar bateri, mengisi minyak dan lain-lain mengikut jadual yang ditetapkan
6. Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalanraya
7. Menghantar dokumen pejabat dan bungkusan mengikut arahan pihak atasan
8. Membantu tugas-tugas di pejabat yang diperlukan oleh sekretariat MPN
9. Melakukan tugas-tugas mengikut arahan pengurusan dari semasa ke semasa
Makluman:
i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini
ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Close date : 09 Jun 2023