Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) - 31 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)


Jawatan:

1. TIMBALAN SETIAUSAHA GRED 52 (PENDIDIKAN DAN PROMOSI)

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Tanggagaji : RM5,847.00 dan elaun bulanan RM1,600.00
Taraf Jawatan : Tetap (Tidak Berpencen)
Bertempat di : Ibu Pejabat Kuala Lumpur

Kelayakan:

i) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-Undang, Sains Sosial, Hubungan Antarabangsa, atau bidang yang berkaitan dari Universiti atau Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;

ii) Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

iii) Mempunyai pengalaman bekerja berkaitan sekurang-kurangnya 10 tahun dan mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia serta pengalaman dalam bidang pengurusan, kewangan dan hubungan media;

iv) Berupaya menjalankan penyelidikan, menghasilkan analisis berkualiti dan membuat pengesyoran berdasarkan penemuan penyelidikan tersebut;

v) Mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan laporan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;

vi) Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan mampu bekerja secara berpasukan di bawah penyeliaan yang minimal.

Tanggungjawab:

Timbalan Setiausaha adalah bertanggungjawab antara lain, untuk menyelaras dan mengawalselia dua (2) bahagian di bawah Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi iaitu Bahagian Latihan dan Kemasyarakatan dan Bahagian Media dan Promosi bagi melaksanakan mandat Suruhanjaya untuk:

i) Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung dengan hak asasi manusia.

ii) Mengeluarkan penyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu.

iii) Menerajui dan merancang hala tuju strategik Suruhanjaya berhubung latihan dan 2erjasama2 hak asasi manusia serta media.

iv) Mengawalselia dan memandu pelaksanaan Pelan Strategik dan Pelan Tahunan berkaitan Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi berdasarkan objektif dan garis masa yang ditetapkan.

v) Melaporkan dan menasihati, Kumpulan Kerja secara khusus dan Suruhanjaya secara keseluruhan mengenai kemajuan, keberhasilan, cabaran yang dihadapi berkenaan aktiviti yang dijalankan.

vi) Mewakili Suruhanjaya dalam mesyuarat/bengkel/seminar bersama pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) bagi membincangkan isu-isu hak asasi manusia berkaitan Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi sama ada di peringkat domestik atau luar negara; 

vii) Berperanan sebagai pegawai penghubung untuk menjalin kerjasama/perkongsian antara Suruhanjaya dan pihak berkepentingan (stakeholder).

viii)Memantau dan menasihati berkenaan perbelanjaan tahunan yang diperuntukkan kepada Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi mengikut pelan tahunan yang telah ditetapkan dan mematuhi peraturanperaturan berkaitan pengurusan kewangan;

ix) Memastikan semua pegawai dan kakitangan bahagian yang berada di bawah pengawasan patuh terhadap dasar dan prosedur Suruhanjaya;

x) Membantu Setiausaha, serta berperanan sebagai ahli badan pengurusan tertinggi dalam perancangan dan pengurusan strategik organisasi, serta hal-hal pentadbiran. 


2. PEMBANTU TADBIR (PENGKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Tangga gaji : RM1,352.00 dan elaun tambahan sebanyak RM765.00 sebulan
Taraf Jawatan : Tetap (Tidak Berpencen)
Lokasi Pejabat : Ibu Pejabat Kuala Lumpur

Kelayakan:

i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

ii) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

iii) Berupaya bekerja dalam satu pasukan di bawah pengawasan yang minimum; dan

iv) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam pemfailan, pengurusan masa yang baik, dan latar belakang pengurusan sumber manusia.

Tugas Dan Tanggungjawab:

Pembantu Tadbir Unit Pengurusan Sumber Manusia adalah bertanggungjawab, antara lain seperti berikut:

1) Membantu dalam menjalankan kerja-kerja operasi fungsi dan tugas di Unit Pengurusan Sumber Manusia;

2) Memberi sokongan dalam tugas sebagai perkeranian dan operasi kepada penyelia Sumber Manusia;

3) Membantu dalam menyusun dan mengemaskini rekod perkhidmatan pekerja sama ada ianya secara salinan keras mahupun salinan lembut;

4) Membantu dalam memproses dokumen berkaitan aktiviti pegawai seperti pengambilan pekerja, pelantikan, latihan, penilaian prestasi dan sebagainya;

5) Membuat persediaan untuk mesyuarat serta memastikan bilik mesyuarat berada dalam keadaan baik;

6) Membuat salinan dan penyediaan dokumen untuk tujuan mesyuarat dan lain-lain program;

7) Membantu dalam menangani permintaan pekerja mengenai isu sumber manusia, peraturan dan sebagainya;

8) Membantu dalam penyediaan pembayaran emolumen;

9) Menguruskan sistem pemfailan, rekod buku perkhidmatan dan sebagainya;

10) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh penyelia mahupun Suruhanjaya dari semasa ke semasa. 


Cara Memohon

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, sekurang-kurangnya satu (1) rujukan majikan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 31 Mei 2023 (Rabu)  kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.


*Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2023 (Rabu) 




Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Sejarah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003

Post a Comment