Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Tourism Johor - 31 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Tourism Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tourism Johor


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29 

Gred : E29
Klasifikasi Perkhidmatan : Ekonomi
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Jadual Gaji:
Min : RM1,493.00
Mak : RM5,672.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ( Gaji Permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan. ( Gaji Permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,493.00); atau

(iii) Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ( Gaji permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,493.40 ).

(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. ( Gaji permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,770.95 )

B. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu & Matematik

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

C. Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred E19 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

D. Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa kesemasa.


2. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 

Gred : N19
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Jadual Gaji:
Min : RM1,352.00
Mak : RM4,003.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ( Gaji Permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. ( Gaji Permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya. ( Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,408.40 ).

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya. ( Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,464.80 ).

B. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.

C. Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred N19 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

D. Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa kesemasa.


Cara Membuat Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Tourism Johor atau dengan memuat turun borang di media sosial Tourism Johor https://www.facebook.com/tourismjohor/ ( admin ada sediakan link muatturun borang permohonan di bawah )

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Tourism Johor
Aras 3-24, Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (JOTIC)
No. 2, Jalan Ayer Molek
80000 JOHOR BAHRU

(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)


Perhatian Kepada Pemohon:

a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini;

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;

c) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;

d) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

f) Pentadbiran Tourism Johor tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

PENGARAH
TOURISM JOHOR
ARAS 3-24, PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR (JOTIC)
NO. 2, JALAN AYER MOLEK
80000 JOHOR BAHRU
Tel : 07-2241432/2249960


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2023 (Rabu)






Jawatan Kosong di Tourism Johor

Latar Belakang

Majestic Johor is an ongoing campaign that aspires to elevate Johor tourism to its highest deserving value. The ultimate objective is to introduce the exceptional Southern state of Peninsula Malaysia to visitors and captivate them to visit Johor, the Jewel of Malaysia.

A brand created and crafted around the personality of the celebrated state, Majestic Johor is helping to characterize the many faceted qualities and treasures that are waiting to be discovered by visitors to Johor. The term “Majestic” is built on the foundation of the state’s Arabic honorific “Ta’zim” which alludes to a regal glory and acclamation – fitting to this urban, unique state which is blessed with breath-taking landscapes, rich heritage and tradition.

The expression Majestic is also tied to ‘Bangsa Johor’; an exalting pride that Johoreans associate themselves with their beloved state that inspires them to be outstanding individuals. Majestic Johor aims to propel Johor as not just a tourist destination but where one-of-a-kind experiences take place. Journey with us and discover Majestic Johor today.

Post a Comment