Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang - 31 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
PEGAWAI EKSEKUTIF (HAL EHWAL ISLAM)
Min : RM 1,493.00 - Mak : RM RM 5,672.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Islam) Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

(a) memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(c) dan 2; dan

(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) ; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan:

(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Bidang Keutamaan:

a) Hal Ehwal Islam


Perhatian Kepada Pemohon:

1. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan- Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

• Kad Pengenalan

• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf

• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)

• Salinan Sijil Pengiktirafan kelayakan bagi Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji

• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/ separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

• Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun  berturut-turut (penjawat awam)

3. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

4. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

5. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

6. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang.


Cara- Cara Membuat Permohonan:

(a) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.

(b) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh didapati dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Pulau Pinang https://penang.uitm.edu.my/main/

(c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2023 (Rabu).

(d) Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
 CAWANGAN PULAU PINANG
KAMPUS PERMATANG PAUH
 13500 PERMATANG PAUH
 PULAU PINANG
 NO. TEL: (04) 382 2888/ 2899/ 3030
 Tarikh Iklan : 17 Mei 2023 (Rabu) 


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2023 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini


Jawatan Kosong 2019 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang

Latar Belakang

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan ianya merupakan kampus ke-11 UiTM. Kampus sebenar UiTM Pulau Pinang ialah di Jalan Permatang Pauh dan mula diduduki dalam bulan Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar di UiTM Pulau Pinang dilaksanakan pada Julai 1996 dengan enrolmen seramai 230 orang pelajar. Kumpulan pertama pelajar ini yang menamatkan pengajian di UiTM Pulau Pinang ialah pada Mei 1999. Staf permulaan di sini adalah seramai 40 orang termasuk 9 orang staf akademik. Tumpuan utama UiTM Pulau Pinang adalah kepada bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam di peringkat diploma. Kampus tetap telah dirancang pembinaannya sejak 1995 dengan kapasiti 10,000 enrolmen dengan kejuruteraan, pengurusan hotel dan pelancongan sebagai bidang-bidang utama.

Post a Comment