Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 29 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Jawatan:

Sukacita dimaklumkan, Pusat Islam UKM ingin mempelawa kakitangan serta Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Penolong Akauntan (W29) di Pusat Islam UKM


1. PENOLONG AKAUNTAN (W29)

Kumpulan Pelaksana
Taraf Jawatan Kontrak / Tetap
Kekosongan Satu (1)
Jadual Gaji Gaji Minimum RM1,493.00 - RM5,672.00
Kemudahan Elaun  Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Bantuan Sara
Hidup.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja berkaitan perolehan, pembayaran, pengurusan hasil, penjanaan dan penyediaan laporan kewangan.


Syarat Lantikan:

Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;

2, Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Menmiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

4. Diploma dalam bidang pengajian periagaan, kewangan, perbankan, perakaunan, pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,851.28)

Keutamaan adalah diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan kewangan sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman.


Cara Memohon:

1. Calon boleh membuat permohonan dengan menghantar salinan lembut (softcopy) dokumen ke alamat e-mel pusatislam@ukm.edu.my

2. Berikut adalah dokumen yang perlu dilampirkan untuk permohonan jawatan:

i. Resume lengkap;
ii. Salinan Sijil SPM;
iii. Sijil kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses;

4. Calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian dan temu duga;

5. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 29 Mei 2023 (Isnin)




Jawatan Kosong di Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.

Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.

Post a Comment