Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Melaka - 22 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Yayasan Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Melaka


Jawatan:

1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19

Gred Jawatan: J19
Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan (J)
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Jawatan: (1) Kontrak
Jumlah Kekosongan: Satu (1)


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,377.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia (Keutamaan adalah diberikan kepada Anak Negeri Melaka);

(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya sijil kekompetenan kategori AO (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ii) Gaji permulaan di Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:
a. AO/A1: RM1,435.12
b. A4-2/A4 -1/A4: RM1,493.24
c. B0-2/B0-1/B0/B1/B4: RM1,551.36
(d) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai Sijil Kompeten-A4 dan memiliki Perakuan Kekompetenan daripada Suruhanjaya Tenaga serta tidak rabun warna.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan (Psl) Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Loji, Pembantu Awam atau Pemandu/Operator Jentera Pemunggah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penjaga Elektrik Gred J19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:

a. telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

b. mempunyai kelayakan di perkara 2(c) di atas; dan

c. had umur pelantikan :
i. berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyelenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994. 


Cara Memohon:

1) Pemohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Iklan Jawatan Kosong yang boleh dimuat turun dengan melayari Laman Sesawang Yayasan Melaka di alamat www.yayasanmelaka.gov.my. (admin ada sediakan link muatturun borang permohonan di bawah) Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk memohon dan mengemukakan satu (1) permohonan jawatan sahaja.

2) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’, sekeping gambar terbaharu berukuran passport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-Sijil Akademik daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS)/ Persekolahan beserta dengan keputusan/ kelulusan peperiksaan yang berkaitan dan lain-lain dokumen sokongan yang telah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung. Setiap borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan menggunakan (Pen Dakwat Hitam Dengan Terang Dan Jelas Dalam Huruf Besar).

3) Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.

4) Borang Permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran/ kehilangan dokumen dan dimasukkan ke dalam sampul surat serta mencatatkan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri atas sampul surat.

5) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK sekiranya :-

(i) Tidak disertakan dengan salinan sijil dan dokumen yang diperlukan;
(ii) Salinan sijil dan dokumen sokongan yang dikemukakan tidak disahkan;
(iii) Tidak lengkap atau tidak terang;
(iv) Tidak memenuhi dan mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan;
(v) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan (bagi pegawai yang sedang berkhidmat);
(vi) Borang permohonan tidak ditandatangani serta tiada dituliskan tarikh; dan
(vii) Dan diterima selepas daripada tarikh permohonan ditutup.

6) Borang yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan dan calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga dan akan dihubungi melalui email/telefon dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan ditutup.

7) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8) Bagi calon-calon yang telah ditemuduga tetapi tidak menerima apa-apa keputusan selepas dua (2) bulan dari tarikh temuduga, hendaklah menganggap mereka tidak berjaya untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

9) Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mei 2023 dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan secara pos atau serahan tangan selewatnya pada 22 Mei 2023 jam 12.00 tengahari di Kaunter Aras Bawah, Wisma Yayasan Melaka sepertimana alamat berikut:-

Pengurus Besar
Yayasan Melaka
Lot 925, Blok B, Wisma Yayasan Melaka,
Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka,
Telefon : 06-2311822 ext 124 ,126,127 & 129
(u.p.: Unit Sumber Manusia & Kualiti)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mei 2023 jam 12.00 tengahari



Jawatan Kosong 2022 di Yayasan Melaka

Sejarah

Pada tahun 1993, Yayasan Melaka membina bangunan 16 Tingkat di Jalan Hang Tuah dengan kos pembinaan RM34 juta. Pejabat itu mula beroperasi pada 31 Disember 1995 dengan menjadikan aras 15 dan 16 sebagai pusat operasinya.

Pada 13 November 2007, Bangunan Yayasan Melaka di Jalan Hang Tuah telah dijual kepada Universiti Teknologi Mara(UiTM) untuk dijadikan Kampus Bandar UiTM Cawangan Bandar

Pada 26 September 2006, Yayasan Melaka memulakan operasi di Institut Bioteknologi Melaka, Jalan MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Pada 24 September 2010, Yayasan Melaka merasmikan pembinaan Bangunan Yayasan Melaka setinggi 15 tingkat dengan harga RM34.8juta yang baru di kawasan Hang Tuah Jaya. Tarikh pembinaan pada 20 Jun 2008 dan mula beroperasi pada
8 November 2010.

Pada 1 Januari 2015, Yayasan Melaka telah menjual bangunan tersebut kepada Tenaga Nasional Berhad dan memulakan operasi di Taman Bukit Katil Damai 2, Bukit Katil Melaka.

Post a Comment