Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) - 25 Jun 2023 [108 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: STPM/STAM/MATRIKULASI/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29 - 108 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab membantu dalam aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan program jabatan, latihan, kemahiran, penyelidikan, pembangunan komuniti, pengurusan desa, kajian, penilaian program pembangunan kemasyarakatan, urusan pentadbiran, sumber manusia, kewangan, perolehan, bajet, urusan dokumentasi, penerbitan dan publisiti.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Jun 2023 (Ahad)




Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Sejarah:

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangkamasa 76 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat

Post a Comment