Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 15 Jun 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).


Jawatan:

1. PEGAWAI KHIDMAT RAC 41 (PKRAC 41)
[PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK]

Gaji Sebulan : RM 2,200.00


Syarat Kelayakan:

Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa adalah satu kelebihan.

Deskripsi Tugas:

1. Mentadbir media sosial RAC;

2. Menguruskan penerbitan kandungan (content) dalam bentuk cetakan atau video dan dimuatnaik di media sosial dan laman web RAC;

3. Membuat pemantauan, memberi maklum balas terhadap pertanyaan dan aduan yang disalurkan  melalui media sosial;

4. Melaksana dan menyediakan laporan Kajian Keberkesanan bagi melihat pengukuhan jenama RAC melalui media sosial; dan

5. Mengurus dan menyelaras penerbitan e-buletin RAC

Kemahiran Tambahan:

1. Berkebolehan mentadbir semua akaun media sosial;

2. Berkebolehan mencipta kandungan yang menarik, kreatif dan bermaklumat untuk dimuatnaik dalam media sosial; dan

3. Berkebolehan membuat analisa dan memberi tindak balas segera (real time) terhadap isu/komen yang diterima melalui media sosial.



2. PEGAWAI KHIDMAT RAC 41 (PKRAC 41)
[PEGAWAI PROMOSI DAN PEMASARAN]

Gaji Sebulan : RM 2,200.00


Syarat Kelayakan:

Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Kelayakan dalam bidang Pemasaran adalah satu kelebihan.

Deskripsi Tugas:

1. Membangunkan Pelan Promosi dan Pemasaran untuk tempoh tiga (3) tahun sebagai rangka kerja utama dalam mempromosikan produk dan jenama RAC;

2. Menyelaras lawatan tapak dan penyediaan kertas cadangan/ kertas kelulusan untuk mempromosi produk/ perniagaan utama RAC terutamanya melibatkan penyewaan, pajakan aset-aset kereta api dan pengiklanan;

3. Menyediakan kandungan (content) yang bersesuaian bagi tujuan mempromosi dan mengiklankan produk komersial RAC melaluipelbagai saluran; dan

4. Menyelaras penerbitan bahan-bahan cetakan/ video bagi tujuan mempromosikan produk komersial RAC berdasarkan keperluan semasa.

Kemahiran Tambahan:

1. Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;

2. Berkebolehan dalam bidang Pemasaran Digital;

3. Berkebolehan mencipta kandungan iklan yang menarik, kreatif dan bermaklumat untuk tujuan mempromosikan produk; dan

4. Berkebolehan membuat analisa dan menilai kempen yang dibuat.


Cara Memohon:

Syarat Wajib Permohonan:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun pada tarikh tutup iklan; dan

iii. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM


Kemudahan Yang Ditawarkan:

i. Cuti Rehat

ii. Cuti Sakit

iii. Caruman KWSP

iv. Elaun Lebih Masa

v. Tuntutan perubatan dan parkir

vi. Perlindungan insurans


Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan melalui pautan https://apps.rac.gov.my/ejawatan/ (admin ada sediakan link di bawah)

Lokasi Pejabat:

Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor

Tarikh Tutup Iklan:

Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 Jun 2023 pukul 12.00 tengah hari. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8939 0200 atau e-mel ke jobs@rac.gov.my

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup :  15 Jun 2023 pukul 12.00 tengah hari





Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Post a Comment