Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) - 19 Jun 2023 [39 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM

1. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19 - 39 Kekosongan

Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan

1. Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

2. Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)
 
d. dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:  
 
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(iii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
 
   
3. Syarat  Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perkara 2(c)(i), 2(c)(iii) dan 2(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
   
4. Senarai Bidang Berkaitan Di Peringkat SKM:  

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).


Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Jun 2023 (Isnin) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN)

Ringkasan Sejarah

Sejak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 sehingga bulan Mac 1951, pentadbiran Malaysia di peringkat Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat (Central Government) telah diuruskan oleh tiga orang pegawai tinggi Inggeris yang digelar Ketua Setiausaha atau Setiausaha Kerajaan (Chief Secretary), Peguam Negara (Attorney General) dan Setiausaha Kewangan (Financial Secretary).

Dalam bulan Mac 1951, pemerintahan penjajah Inggeris di Persekutuan Tanah Melayu telah membuat satu perubahan penting lagi bersejarah dengan mengadakan satu cara baru yang dinamakan 'Sistem Ahli' (Member System).Pada masa itulah mula wujudnya portfolio atau jabatan yang dinamakan Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri yang kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Sehingga kini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menjalani sejarahnya tersendiri dan beberapa kali bertukar nama dari Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri (Department of Home Affairs), Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan (Ministry of the Interior and Justice), Kementerian Dalam Negeri (Ministry of the Interior) dan Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Internal Security), Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Home Affairs) dan kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.