Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) - 11 Jun 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF)


Positions:

1. KERANI KHAZANAH/TELLER- 1 kekosongan

i. Semenyih (Selangor)

Kelayakan:

a) Kelayakan minima adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

b) Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

c) Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam Ar Rahn adalah diutamakan.

d) Bertanggungjawab, jujur dan amanah serta boleh bekerja dalam pasukan.

e) Mempunyai penampilan dan perwatakan yang menarik.

f) Boleh ditempatkan di mana-mana cawangan sekiranya berjaya dalam temuduga.

g) Berumur tidak lebih daripada 35 tahun.


2. PENYELIA CAWANGAN - 4 kekosongan

i. Kuala Terengganu (Terengganu)
ii. Kulim (Kedah)
iii. Senawang (Negeri Sembilan)
iv. Bandar Baru Uda (Johor)

Kelayakan:

a) Memiliki Diploma yang diiktiraf dalam bidang yang berkaitan.

b) Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

c) Pengetahuan dan pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam Ar Rahn adalah diutamakan.

d) Mempunyai penampilan dan perwatakan yang menarik.

e) Boleh bekerja di mana-mana cawangan sekiranya berjaya dalam temuduga.

f) Berumur tidak lebih daripada 35 tahun.


Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PEKERJAAN yang terdapat di laman web http://www.kpf.my/informasi/kerjaya.html dan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada  11 Jun 2023  ke alamat:

Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia
Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad
Tingkat 8, Balai FELDA, Jalan Gurney 1
54000 Kuala Lumpur
Tel: 03-26942095 samb. 119/164/180
Emel : adminhr.kpf@felda.net.my

*Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi


Tarikh tutup :  11 Jun 2023 (Ahad)
                                                    



Jawatan Kosong 2021 di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF)

Company Overview

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948. Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.

Hasrat untuk menubuhkan KPF sebagai suatu wadah simpanan, pelaburan warga Felda telah dicetuskan pada Mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 15 Januari 1980 Yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias. Dengan iltizam yang tinggi pihak pengurusan ketika itu, maka Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di Bawah Ordinan Koperasi 1948(Digantikan oleh Akta Koperasi 1993).

Post a Comment