Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA) - 26 Jun 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Amanah Rakyat (MARA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Jawatan:

1. SETIAUSAHA PEJABAT N29


Syarat Kelayakan:

Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

i. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii. Diploma Sains Kesetiausahaan daripada Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iii. Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

iv. Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat SPM/SPMV atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;


2. Taraf Jawatan : Kontrak

3. Cara Memohon:

i. Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Borang Permohonan Jawatan (Lampiran D) serta keterangan peribadi (Resume & Gambar ukuran Pasport) kepada:

Pengarah,
MARA Negeri Sabah
Blok J Ruang Singgah Mata 4,
Asia City, Peti Surat 11040
88609 Kota Kinabalu
Tel: 088-211011 / 088-211012

Nota: Salinan Kad Pengenalan & Surat Lahir hendaklah yang di sahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN sahaja).


4. Cara Pelaksanaan:

a) Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan.

b) Hanya pemohon-pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

c) Pemohon-pemohon yang berjaya dalam temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup Permohonan : 26 Jun 2023 (Isnin)
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Latar Belakang

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.