Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan - 2 Julai 2023 [20 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM & SIJI PERHUTANAN PENGAWAS HUTAN

1. PENGAWAS HUTAN GRED G19
 - 20 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
 
a. warganegara Malaysia; dan  
 
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
 
c.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 02 Julai 2023 (Ahad) jam 11:59 malam





Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Pengenalan

Negeri Sembilan kini dihuni penduduk berbilang kaum yang kini melebihi 1 juta orang. Orang Melayu merupakan kaum majoriti, yang mewakili 61.5 peratus daripada keseluruhan penduduk. Masyarakat Cina pula mewakili 22.9 peratus, masyarakat India 15.1 peratus, manakala kaum-kaum lain mewakili 0.5 peratus.

Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri yang kaya dengan adat budayanya. Umum mengetahui, keunikan masyarakat Negeri Sembilan terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.

Tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Sembilan diterajui oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat perpatih. Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing. Mereka hidup secara berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan. Perkataan, Negeri Sembilan, bermaksud 'sembilan buah negeri', tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas