Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Ujian Kecergasan Pengambilan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) - 15 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)


Jawatan:

1. PEGAWAI & PERAJURIT MUDA KD SRI MEDINI SIRI 2/2023
PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM (PSSTLDM)


Ujian Kecergasan:

Tempat : Markas Pasukan Simpanan TLDM, Sg. Lunchoo, Johor

Masa: 8:00 - 9:00 Pagi (Pendaftaran)

Tarikh: 15 Julai 2023 (Sabtu)

Pakaian: Baju Putih & Berkasut


Syarat Kelayakan Umum:

- Warganegara Malaysia

- Mempunyai lesen motor / kereta

- Jarak rumah dari KD SRI MEDINI tidak melebihi 100KM


Syarat Kelayakan Fizikal:

- Ketinggian: Lelaki 1.62m / Perempuan 1.57m

- Berat badan : Lelaki 47.5kg / Perempuan 45kg

- Body Mass Index : 18-26.9 (lelaki / Perempuan)

- Tahap penglihatan : Baik


Pegawai:

- umur : 18-35 Tahun

- ijazah Sarjana Muda Dengan 2.7 Ke Atas

- berkelulusan Sekurang-kurangnya Spm Dengan Mendapat Kepujian (Minima Gred C) Dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Dan Matematik.


Lain-lain Pangkat:

- umur : 18-30 Tahun

- berkelulusan Sekurang-kurangnya Spm Dengan Mendapat Kepujian (Minima Gred C) Dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Dan Matematik.


Kelebihan Menyertai PSSTLDM:

- Elaun latihan RM8.00/jam (LLP), RM9.80/jam (Pegawai)

- Saguhati tahunan RM520.00

- Pakaian seragam percuma

- Saguhati tahunan (mengikut terma dan syarat)

- Berpeluang mengikuti pelayaran bersama kapal-kapal TLDM

- Pelbagai aktiviti dan latihan ketenteraan yang menarik seperti latihan menembak, renang dan kem tahunan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah.




Jawatan Kosong 2022 di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM)

Sejarah TLDM

Semasa kemerdekaan diisytiharkan, Persekutuan Tanah Melayu hanya mempunyai beberapa buah battalion Pasukan Askar Melayu yang dianggap masih belum cukup untuk tujuan pertahanan. Walaupun pada masa itu kerjasama British dalam bidang pertahanan masih diteruskan, tetapi pemimpin-pemimpin Persekutuan berusaha untuk melengkapkan pasukan tentera yang dianggotai oleh anak-anak tempatan, Kerajaan Persekutuan juga telah lama bercadang untuk mengambilalih Pasukan Royal Malayan Navy dari Singapura untuk tujuan pertahanan perairannya. Pendirian tersebut mendapat sokongan dari semua golongan rakyat di Tanah Melayu, terutama di kalangan orang-orang Melayu sendiri. Dalam hal ini kerjasama dari para pemimpin Singapura juga telah diminta untuk sama-sama menyedari hakikat bahawa Tanah Melayu tidak kesanggupan menubuhkan satu pasukan tentera laut yang baru. Malah sekiranya Tanah Melayu diserang dari luar, ia terpaksa meminta bantuan dari negara sahabat yang mempunyai tentera laut yang kuat seperti Britain.

Apa yang pernah dibayangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar di Tanah Melayu dan Singapura pada masa itu,bahawa kerajaan Persekutuan ingin membentuk sebuah pasukan tentera laut yang sederhana tetapi cukup lengkap dan dapat mengawal kawasan pantai negara. Perbincangan seterusnya mengenai penyerahan Royal Malayan Navy telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dan Singapura. Beberapa perkara telah dipersetujui pada dasarnya dan segala butir-butir persetujuan telah disusun semula untuk melaksanakan satu perjanjian sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua-dua pihak. Pada 17hb April 1958, Ketua Menteri Singapura Encik Lim Yew Hock sewaktu pulang ke Singapura setelab membincangkan perkara tersebut di Kuala Lumpur, telah membayangkan bahawa rundingan lanjut patut dilakukan oleh Menteri Pertahanan Persekutuan Date' Abdul Razak dengan Ketua Setiausaha Singapura E.B. David.