Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Air Kuching - 14 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Air Kuching | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Air Kuching


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N32


Syarat-syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM2,844.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan: RM2,844.00); atau

(iii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: RM2,844.00).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

  • Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman web di alamat https://erecruitment.sarawak.gov.my
  • Pemohon yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak tidak perlu mengemukakan permohonan baru sekiranya pendaftaran tersebut masih sah, mereka hanya perlu memohon secara talian (online) dengan nama jawatan.
  • Permohonan hanya terbuka kepada pegawai lantikan Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 bertarad tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan.


Keterangan Am:

Tempoh sahlaku data seseorang pemohon dalam pangkalan data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak ialah selama satu (1) tahun.


Catatan Am:

Semua pemohon dikehendaki menghantar satu salinan fotostat dokumen seperti berikut:-

1. Salinan maklumat peribadi (e-Recruitment) pemohon beserta dengan nombor ID pemohon;
2. Sekeping gambar beukuran passport;
3. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
4. Salinan Sijil Lahir yang telah disahkan; dan
5. Salinan Sijil Akademik yang telah disahkan.

* Sila pastikan nama jawatan yang dipohon ditulis di sebelah sudut kanan sampul surat permohonan ini.

Selain daripada permohonan online melalui Sistem e-Recruitment, Calon-calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah mengemukakan permohonan lengkap beserta resume, sijil-sijil akademik dan lain-lain berkaitan ke kwb@kwb.gov.my:-

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK

i. Tidak Lengkap

ii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan

iii. Diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan


Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga

Kepada:
Pengurus Besar
Lembaga Air Kuching
Jalan Batu Lintang
93200 Kuching

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Julai 2023 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Sumber Iklan




Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Air Kuching

Tentang kami

Lembaga Air Kuching ditubuhkan pada tarikh 1 Januari 1959, oleh pihak berkuasa Lembage Air Kuching, Order 1.959 Notis No S.12 1959, yang dibuat berdasarkan Bahagian 2 dan 3 dari Ordinan Bekalan Air, untuk mengambil alih Bekalan Air Kuching dari Jabatan Kerja Raya Sarawak. Pada 1 Jun 1995, Ordinan Bekalan Air yang sedia ada (Sarawak Cap. 141) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Ordinan Air 1994. Pada 1 Januari 2001, Lembaga telah ditubuhkan semula di bawah Lembaga Air Kuching, 2001.

Lembaga ini bertanggung jawab untuk pentadbiran, pengurusan dan pengawasan segala kerja berkaitan dengan air dalam kawasan bekalan dan dasar Lembaga adalah melanjutkan paip utama dan membangunkan kemudahan lain, untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi dan kualiti bekalan air terawatt yang dipercayai sepenuhnya dalam kawasan bekalan. Sistem bekalan air mematuhi dan mengikuti semua aspek keperluan moden dan pembangunan yang disediakan untuk memenuhi unjuran pertumbuhan permintaan.