Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) - 10 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (GRED N41)

2. JURUTERA ELEKTRIK (GRED J41)

3. JURUUKUR BAHAN (GRED J41)

4. AKAUNTAN (GRED WA41)

5. PEGAWAI UNDANG-UNDANG (GRED L41)

6. JURUTERA AWAM (GRED J41)

7. PENOLONG JURUTERA (AWAM) (GRED JA29)

8. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) (GRED JA29)

9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (GRED N19) 

10. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) (GRED JA19)

11. PEMBANTU AKAUNTAN (GRED N19)

12. PEMBANTU OPERASI (GRED N11


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuh raya Malaysia di alamat http://ejawatan.llm.gov.my mulai 27 Julai 2023 (Khamis) hingga 9 Ogos 2023 (Rabu).


Permohonan Ditolak:
 
Permohonan akan ditolak sekiranya:

1. Tidak lengkap;

2. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan

3. Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan.


Catatan Am:

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.


*Sila rujuk syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Ogos 2023 (Khamis)




Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Tentang kami

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 mengikut Akta 231 (Perbadanan 1980). Tujuan penubuhan LLM adalah untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya- lebuh raya, mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Objektif penubuhan LLM pula adalah untuk merancang, merekabentuk, memaju, mengendali dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya moden yang lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan bagi mengadakan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara keseluruhannya, menghubungkan kesemua pekan utama yang sedia ada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi, budaya dan sosial serta perpaduan negara dan membolehkan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya awam antara bandar yang berkesan diadakan di seluruh negara disamping melatih kakitangan bagi memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya.