Temuduga Terbuka Perbadanan Putrajaya | Anda semua dijemput menghadiri temuduga terbuka seperti ketetapan berikut di Perbadanan Putrajaya
Jawatan : PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
Tarikh : 17 Julai 2023 (Isnin)
Masa pendaftaran: 7:45 pagi - 8:30 pagi
Tempat : Ruang Legar, Dewan Seri Melati, Perbadanan Putrajaya
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Perbadanan Putrajaya merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ia diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Hasim bin Ismail.
Fungsi Perbadanan Putrajaya adalah:
- Menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
- Menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti-aktiviti yang bersifat komersil yang perjalanannya didapati oleh Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya
- Mengawalselia, menyelaras dan mengusahakan pembangunan termasuk pembangunan infrastruktur, di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
- Mengawal dan menyelia perlaksanaan aktiviti di kawasan Perbadanan Putrajaya
- Bertindak sebagai ejen Kerajaan Persekutuan
- Pentadbir tanah Kawasan Perbadanan Putrajaya