Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: SPM
1. PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19 - 24 Kekosongan
Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Syarat Lantikan:
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .
Gaji Permulaan : KP19: RM1,360.00
ATAU
Kelayakan Masuk : Bekas Tentera atau Bekas Polis
Bidang/Kelayakan Khusus : bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
Gaji Permulaan : KP19: RM1,360.00
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan : KP19: RM1,416.40
ATAU
Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan : KP19: RM1,472.80
Ringkasan tugas:
Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran/kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.
Cara Memohon:
Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 21 Julai 2023 (Jumaat) jam 11:59 malam
Latar Belakang
Sejarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah berkait rapat dengan Pasukan Home Guard yang ditubuhkan bertujuan bagi menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 dan telah dibubarkan selepas darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
Pada tahun 1963 hingga 1965, Pasukan Sukarelawan telah ditubuhkan semula dengan nama Pasukan Kawalan Khas berikutan negara menghadapi ancaman konfrontasi dengan Indonesia untuk bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan serta membantu agensi keselamatan. Pasukan Kawalan Khas telah dibubarkan selepas tamat konfrontasi.