Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) - 22 Ogos 2023 [17 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: STAM/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH GRED LS29 (SABAH) - 17 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,494.00
Gaji Maksimum : RM5,674.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji Permulaan pada Gred LS29 : RM1,494.00); atau

ii. Diploma dalam bidang pengajian islam (syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LS29 : RM1,772.65).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan..  
 
   
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran, keurusetiaan, perancangan dan penyelidikan berkaitan undang-undang syariah di peringkat jabatan/ mahkamah/ bahagian berkaitan seperti menyelaras pendaftaran dan menguruskan hal-hal berkaitan kes mal, jenayah dan faraid, menyelenggara urusan perjalanan Mahkamah Rendah Syariah dan pendakwaan serta membuat draf perintah yang telah diputuskan oleh Mahkamah.


Makluman:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Ogos 2023 (Selasa) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Latar Belakang

3 Julai 1996 Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju cadangan Penyusunan Semula  Glossary Link Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia melalui kaedah-kaedah berikut:-

Tubuhkan JKSM oleh Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Malaysia juga Ketua Perkhidmatan  Glossary Link Gunasama Pegawai Syariah.

Wujudkan struktur organisasi JKSM.

Wujudkan empat (4) jawatan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi menimbang semula kes rayuan Mahkamah Rayuan Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah.

Mengekalkan struktur Mahkamah Syariah Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah termasuk pentauliahan Ketua Hakim Syarie serta Pegawai-pegawai Syariah.

Mewujudkan satu Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.

Kerajaan Persekutuan akan membiayai kos Pegawai Syariah.