Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - 23 Ogos 2023 [138 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA

1. PENGAJAR GRED U41 (JURURAWAT) - 138 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,429.00
Gaji Maksimum : RM9,656.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;  

(ii) mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; dan  

(iii) telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan).
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)


Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Ogos 2023 (Rabu) jam 11:59 malam





Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sejarah KKM

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.