Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) - 30 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT)


Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA GRED JA29

Gaji Minimum: RM2,150.00
Gaji Maksimum: RM5,701.00


2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29

Gaji Minimum: RM1,839.00
Gaji Maksimum: RM5,684.00


Cara Memohon:

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan menggunakan Borang Permohonan Jawatan sahaja. (borang boleh dimuat turun di laman sesawang www.laut.gov.my – Jawatan Kosong)

2. Pemohon hanya dibenarkan untuk mengisi satu (1) permohonan jawatan sahaja bagi satu (1) borang.

3. Permohonan hendaklah disertakan dengan satu (1) salinan dokumen yang *disahkan sebagaimana berikut:

a. Kad pengenalan pemohon.

b. Sijil kelulusan pelajaran.

c. Sijil / Diploma dalam bidang kelayakan khusus.

d. Kad pengenalan ibu bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.

e. Resume yang lengkap.

*pengesahan dokumen adalah daripada Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung dan yang setaraf.

4. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK jika:

a. Permohonan tanpa menggunakan Borang Permohonan Jawatan.

b. Berumur kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

c. Maklumat dalam Borang Permohonan Jawatan tidak diisi dengan lengkap dan sempurna.

d. Dokumen yang diserahkan adalah tidak lengkap, tidak disahkan, tidak jelas dan/atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

e. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan.

5. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian bertulis / temu duga. Pemohon akan dimaklumkan melalui EMEL sahaja dalam tempoh 30 hari dari tarikh tutup permohonan. Sila pastikan alamat emel yang dikemukakan adalah yang masih aktif dan pemohon perlu semak dari semasa ke semasa (termasuk peti emel spam/junk).

6. Pemohon yang tidak menerima sebarang panggilan ujian bertulis / temu duga selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri ujian bertulis / temu duga adalah di bawah tanggungan sendiri. Hanya calon yang berjaya dalam urusan ujian bertulis / temu duga akan dimaklum.

8. Sebarang permohonan adalah diteliti mengikut budi bicara Pentadbiran ini.

Jawatan Kosong di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT)

Tarikh Tutup Permohonan:

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 OGOS 2023 (RABU). Semua permohonan hendaklah diterima oleh LAUT selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 OGOS 2023 (RABU) Jam 5.00 Petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.


Cara Penghantaran Permohonan:

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui POS (LAJU/BERDAFTAR) ATAU SERAHAN TANGAN sahaja kepada Lembaga Sumber Air Terengganu di alamat berikut;

PENGARAH
LEMBAGA SUMBER AIR TERENGGANU
LOT 54998-55003, JALAN TENGKU MOHAMAD,
21200 KUALA NERUS, TERENGGANU.

(sila nyatakan jawatan yang dipohon di atas penjuru kanan sampul surat)


*Sila rujuk syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Ogos 2023 (Rabu)




Tentang kami

Penubuhan LAUT bermula daripada arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kepada Jabatan Bekalan Air Terengganu (JBAT) untuk memelihara sumber air. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri, melalui Jabatan Bekalan Air, telah melihat kepada Enakmen Sungai 1938 untuk menggubal Enakmen Sumber Air Terengganu yang baharu yang ditambah baik dengan perkembangan persekitaran semasa.