Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah - 15 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah


Jawatan:

1. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19

(b) Jumlah Kekosongan Satu (01)
(c) Badan Berkanun Negeri Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (Sabah Ports Authority)
(d) Taraf Lantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH)
(e) Kumpulan Perkhidmatan Pelaksana
(f) Klasifikasi Perkhidmatan Kewangan
(g) Kadar Upah RM 54.00 (sehari)


Syarat-Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia yang mana salah seorang ibu atau bapanya hendaklah berasal dari Sabah;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ini;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut; Atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah

Syarat Kelayakan Bahasa Malaysia

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Tambahan 

a) Mempunyai pengetahuan dalam sistem SQL Accounting atau dalam mana-mana sistem perakaunan yang lain diberi keutamaan; dan

b) Mempunyai kemahiran luas dalam penggunaan Microsoft Excel dan Microsoft Words diberikan keutamaan.


Ringkasan Tugas 

a) Membuat Vot;
b) Membuat baucer bayaran, perbankan online dan cek;
c) Mengendalikan panjar tunai;
d) Menerima dan mengeluarkan resit;
e) Memasukkan jurnal ke dalam sistem perakaunan; dan
f) Mencetak laporan harian bayaran dan terimaan.


Cara Memohon

Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Kerja yang boleh dimuat turun di laman web rasmi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah di www.lpps.sabah.gov.my @ melalui link yang admin sediakan di bawah

Pemohon hendaklah menyertakan salinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan benar.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah
Beg Berkunci No. 2005
88617 Kota Kinabalu, Sabah

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dilayan.


Sesi Temuduga

Hanya pemohon yang disenarai pendek selepas tapisan akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Pemohon yang tidak menerima maklumbalas selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Ogos 2023 (Selasa)


Klik Iklan Lengkap Jawatan


Pengenalan

Welcome to Sabah and the Sabah Ports Authority, the golden gateway to Malaysia. The Sabah Ports Authority (SPA) is a state statutory body established in 1968 by the SPA Enactment 1967 which was repealed and replaced by the SPA Enactment 1981. The Authority is under the jurisdiction of the Ministry of Infrastructure Development, Sabah. Sabah Ports Authority will act as the regulatory authority responsible related to port activities and will ensure the terminal operator who operates the server ports in Sabah with the privatisation agreement fully and set standards plus benchmark for port operations comparable with ports in the region.