Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) - 1 September 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)


Jawatan:

1. PEMBANTU KEMAHIRAN (H19)

a) terdiri dari warganegara;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19 : RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19 : RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19 : RM1,435.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19 : RM1,493.24); atau

Jawatan Kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19 : RM1,493.24); atau

dan d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (J19)

(a) terdiri daripada warganegara;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan di gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan :

•A0/A1 : RM1,435.12

•A4-2/A4-1/A4 : RM1,493.24

•B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM1,551.36

dan (d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 01 September 2023




Latar Belakang

MPOB adalah agensi kerajaan yang terulung diamanahkan untuk berkhidmat kepada industri kelapa sawit negara. Peranan utamanya adalah untuk menggalakkan dan membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi kesejahteraan industri kelapa sawit Malaysia.