Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Parlimen Malaysia - 31 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Parlimen Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Parlimen Malaysia


Jawatan:

1. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

1.1 Jawatan/ Gred : Pengawal Keselamatan Gred KP11
1.2 Kementerian/Jabatan : Parlimen Malaysia
1.3 Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
1.4 Taraf Jawatan : Kontrak
1.5 Bilangan Kekosongan : 16

Gred dan Jadual Gaji : RM1,205.00 – RM2,939.00 (Gred KP11)


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki seperti berikut:

3.1 Warganegara Malaysia;

3.2 Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3.3 Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Gred D dalam Subjek Matematik serta 3 subjek yang lain dalam peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

3.4 Keutamaan akan diberikan kepada Pesara Polis atau Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya.

Jawatan Kosong 2022 di Parlimen Malaysia

Syarat Lantikan Tambahan:

mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 153m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79cm ukuran dada yang biasa dan 84cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


Deskripsi Dan Skop Bidang Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset Parlimen Malaysia melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis Parlimen Malaysia termasuk kawasan-kawasan yang diistiyharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).


Cara-cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my) @ melalui link yang admin sediakan di bawah.

Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)


Catatan Am:

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup :  31 Ogos 2023 (Khamis)





Latar Belakang

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.