Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad - 12 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad


Positions:

1. KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN ANGGOTA


Syarat Kelayakan:

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia berumur 35 - 45 tahun. Calon-calon yang berpengalaman luas dan pernah bekerja dalam bidang pentadbiran/ pengurusan pejabat mestilah tidak melebihi 50 tahun.

2) Memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana/Ijazah Sarjana Muda (keutamaan dalam bidang Pengajian Perniagaan / Kewangan / Perakaunan / Pelaburan / Ekonomi) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan; dan

3) Memiliki kelulusan peringkat SPM atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik serta lulus dalam tiga matapelajaran lain;

4) Mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan pentadbiran/pengurusan pejabat serta berpengalaman bekerja di sektor koperasi berskala besar merupakan satu kelebihan dan akan diberi keutamaan;

5) Memiliki minda analitikal yang sangat baik, mempunyai daya kepimpinan dan integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta mampu bekerja secara berdikari termasuk menyelesaikan masalah dengan cekap dan pantas.

6) Mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang, matang dan bermotivasi tinggi serta boleh bekerja dalam satu pasukan dengan semua peringkat kakitangan.

7) Memiliki pengetahuan dan pemikiran strategik serta pemahaman yang tinggi dalam keseluruhan sistem pentadbiran keanggotaan koperasi.

8) Berketrampilan serta memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan mahir dalam penggunaan komputer/internet.


Jawatan Kosong 2021 di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad


Tugas dan Tanggungjawab:

Bertanggungjawab dalam perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan urusan pentadbiran anggota Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) ke arah perkhidmatan yang berkualiti dalam melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:

1. Merancang sistem pentadbiran anggota selaras dengan peraturan yang ditetapkan serta perkembangan teknologi terkini dalam mencapai matlamat dan objektif KPDRM;

2. Bertanggungjawab dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan sistem pentadbiran anggota KPDRM ke arah peningkatan kualiti kerja kakitangan selaras dengan visi dan misi KPDRM;

3. Mengkaji dan meneliti setiap laporan yang dikemukakan oleh Cawangan/Unit yang diselia dan mengambil tindakan sewajarnya untuk kepentingan dan kebaikan KPDRM;

4. Memastikan pelaksanaan tugas setiap cawangan/unit yang diselia adalah selaras dengan peruntukan perundangan yang berkaitan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa;

5. Berperanan sebagai penghubung di antara kakitangan, Anggota Lembaga, Ahli Jawatankuasa Kecil Daerah dan anggota KPDRM serta bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan juga membuat keputusan berhubung dengan pelaksanaan tugasan selaras dengan ketetapan yang dibuat;

6. Dari semasa ke semasa mengatur dan menyampaikan taklimat kepada semua kakitangan bagi memberi kefahaman berhubung sistem fail berpusat (centralized filing system) ke atas penyimpanan dan pergerakan rekod-rekod penting;

7. Memastikan keseluruhan pentadbiran keanggotaan KPDRM sentiasa kemas, teratur dan berjalan lancar;

8. Memastikan sistem maklumat sentiasa dikemaskini untuk kemudahan serta kelancaran tugas semua pihak;

9. Memberi kerjasama dan membantu menyelaraskan tugas dengan Ketua-Ketua Bahagian lain terhadap sesuatu projek khususnya yang berkaitan dengan keanggotaan KPDRM;

10. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Anggota Lembaga KPDRM dan Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pegawai Operasi dari semasa ke semasa;

11. Sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan isu-isu terkini yang ada hubung kait dengan tugasan semasa;

12. Dalam menjalankan tugas harian adalah perlu menjaga nama baik KPDRM di samping meningkatkan imej korporat di samping menjadi contoh kepada kakitangan seliaan.


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Close date : 12 Oktober 2023




Latar Belakang

Ditubuhkan pada 24 April 1928 dengan tujuan membantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dan kakitangan di Jabatan Polis. Tanpa mengabaikan anggota, KPD telah membangun dari sebuah koperasi yang menyediakan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyak RM689.5 juta. KPD dikenali sebagai "SYARIKAT BERKERJASAMA BANTUAN DIRI SENDIRI, JIMAT CERMAT BAGI MEREKA DI DALAM PEKERJAAN POLIS, DI DALAM NEGERI MELAYU BERSEKUTU DENGAN TANGGUNGAN BERHAD".