Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC)
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA
1. JURUTERA GRED J41 (AWAM) - 7 Kekosongan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,529.00
Gaji Maksimum : RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Syarat Kelayakan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii) berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00).
Ringkasan tugas:
Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiran am pejabat.
Cara Memohon:
Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 02 Oktober 2023 (Isnin) jam 11:59 malam
Misi
- Melaksanakan tata kelola sumber asli dan alam sekitar melalui langkah pemeliharaan, pemuliharaan dan penggunaan secara optimum dan bertanggungjawab ke arah pembangunan mampan
- Mengurus dan mengawalselia industri bekalan elektrik secara strategik dengan mengoptimumkan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari
- Memastikan kelestarian dan keterjaminan air melalui dasar dan pengukuhan tata kelola
- Melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi ke arah pembangunan daya tahan iklim