Jawatan Kosong 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS)
Jawatan:
1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Jawatan : Pegawai Undang-Undang
Gred Jawatan : L41
Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan dan Kehakiman (L)
Skala Gaji Minimum : RM 2,418.00 Maksimum : RM 9,607.00
Tempoh Lantikan : Dua (2) Tahun
Taraf Lantikan : Kontrak (Contract of Services)
Syarat Permohonan:
Calon bagi lan kan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Permohonan dibuka kepada WARGANEGARA sahaja;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Ijazah sarjana muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
d) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examinaton);
e) Mempunyai Sijil Amalan Guaman; atau
f) Barrister-at-law-England; atau
g) Solicitor of the Supreme Court of Judicature of England atau Solicitor of the Senior Courts of England and Wales daripada Solicitor Regulaton Authority;
h) Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diik raf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
i) Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik;
j) Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkaitan selain
daripada pengalaman yang ditetapkan.
k) Memiliki sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman sebagai pengamal undang-undang;
Calon-calon yang mempunyai kelebihan seperti berikut akan diberi keutamaan:
- Boleh menulis dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
- Berpengalaman mengendalikan kes-kes litigasi di mahkamah, mendraf dokumen kontrak, melaksanakan due diligence bagi isu berkaitan undang-undang syarikat.
Tarikh Tutup Permohonan : 05 Oktober 2023 (Khamis)
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Idea penubuhan INSANIAH ini tercetus apabila dua orang Pegawai Tinggi kerajaan negeri, pada tahun 1993 iaitu Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Tuan Hj. Sukri Hashim, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YIK) telah mengadakan lawatan ke Kaherah Mesir, untuk meninjau pelajar Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar dan meneliti kebajikan mereka. Bermula dari sini, timbul cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri, mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri Kedah Darul Aman.