Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Akademi Profesor Malaysia - 24 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Akademi Profesor Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Akademi Profesor Malaysia


Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK

Taraf Jawatan : Kontrak


Bidang tugas:

1.Memperkasa aktiviti penyelidikan dalam bidang keutamaan Akademi Profesor

2.Merancang dan menyelaras aktiviti penerbitan Akademi Profesor

3.Merancang dan menyelaras aktiviti bitara Akademi Profesor

4.Membantu proses penjanaan dan pengurusan kewangan Akademi Profesor

5.Tugas-tugas lain seperti arahan Majlis Akademi Profesor Malaysia dari masa ke masa


Kelayakan:

1.Mempunyai ijazah yang baik dalam bidang sains, perakaunan, ekonomi, sains sosial atau setara dari universiti yang diiktiraf

2.Mempunyai pengalaman dan/atau prestasi yang baik dalam bidang penulisan dan penyelidikan

3.Boleh bekerja di bawah tekanan dan mampu mengendalikan pelbagai tugasan lain

4.Calon perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam menggunakan aplikasi digital seperti Canva dan MS Office dll, serta kemahiran dalam pembuatan infografik

Hantarkan permohonan anda ke sua@akademiprofesor.org.my dan akademiprofesor@gmail.com


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Oktober 2023 (Selasa)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong 2023 di Akademi Profesor Malaysia

Tentang Akademi

Akademi Profesor Malaysia adalah satu wadah pemikir yang menyatu kepakaran dan menggembleng pemikiran strategik profesor bagi membangun masyarakat. Akademi Profesor merupakan badan yang bersifat akademik, inklusif (merangkumi profesor dari universiti awam dan swasta serta daripada pelbagai bidang ilmu), bebas tanpa campur tangan politik, berintegriti tinggi, berwibawa, profesional dan mengamalkan kebebasan akademik yang tulen. Dengan demikian Akademi Profesor akan berperanan sebagai semak dan imbang yang efektif terhadap formulasi dan pelaksanaan dasar kerajaan dan negara