Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) - 2 November 2023 [6 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA/SARJANA/DOKTOR FALSAFAH

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 - 6 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum RM2,315.00
Gaji Maksimum : RM9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau  
   
(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau  
   
(iii) ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau  
   
(iv) ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau  
   
(v) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau  
   
(vi) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).


Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 02 November 2023 (Khamis) jam 11:59 malam





Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

Pengenalan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ditubuhkan melalui penggabungan Jabatan Penyiasatan Kajibumi dengan Jabatan Galian pada 1 Julai 1999. Penggabungan ini bertujuan untuk memantapkan dan menyelaraskan aktiviti kedua-dua agensi tersebut yang berada di bawah Kementerian Perusahaan Utama (KPU) ketika itu.

Sejarah Jabatan bermula sejak abad ke-19 sewaktu kemasukan penjajah British yang bermula di negeri Perak. Pada tahun 1874, Jabatan Galian ditubuhkan oleh penjajah British bagi tujuan pengawalseliaan perlombongan bijih timah di Larut. N.G.A. Geddie, seorang jurutera perlombongan telah dilantik sebagai Merinyu Galian pertama.

Post a Comment