Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad - 18 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad


Positions:

1. EKSEKUTIF KANAN PEMBIAYAAN, TUNTUTAN & KAWALAN KREDIT

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia (calon-calon yang mempunyai pengetahuan luas dan pengalaman bekerja dalam bidang pembiayaan dan ar-rahnu mestilah tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan);

2) Mempunyai kelulusan peringkat Ijazah Sarjana/Sarjana Muda (Kepujian) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan (keutamaan dalam bidang Pentadbiran Perniagaan/ Perakaunan/ Kewangan/ Perbankan/ Muamalat/Matematik) atau lain-lain kelayakan yang relevan; dan

3) Memiliki kelulusan SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Prinsip Akaun serta lulus dalam tiga matapelajaran lain;

4) Mempunyai lima (5) tahun dan lebih pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan di syarikat terkemuka (established) adalah satu kelebihan;

5) Mempunyai pengalaman dalam mengendali/menguruskan cawangan-cawangan ar-rahnu akan diberi keutamaan;

6) Mempunyai kemahiran komputer yang baik termasuk pakej perisian kewangan microsoft word dan excel adalah satu keutamaan;

7) Mempunyai integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja secara berdikari, boleh menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum dan mampu bekerja di bawah tekanan serta sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat;

8) Boleh berkomunikasi dengan baik di semua peringkat dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi serta berpengalaman mengurus kakitangan di bahagian pembiayaan, tuntutan dan ar-rahnu.


Skop Tugas dan Tanggungjawab:

1. Menyelia kakitangan seliaan agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan kerja dan pejabat yang ditetapkan dalam melaksanakan tugas harian agar urusan pentadbiran Bahagian Pembiayaan & Tuntutan berjalan lancar.

2. Bertanggungjawab dalam membantu Ketua Bahagian mempastikan sistem-sistem pembiayaan, Ar-Rahnu, billing dan kutipan serta kawalan kredit berada dalam teratur dan mematuhi Aturan serta SOP sedia ada bagi mempastikan kepentingan KPDRM sentiasa dilindungi.

3. Menyediakan cadangan dan pandangan disamping membuat kajian terhadap produk-produk baru pembiayaan kredit sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga KPDRM.

4. Menyediakan kajian perkembangan cawangan Ar-Rahnu menerusi cadangan produk-produk baru serta pembukaan lokasi cawangan yang baru sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga KPDRM.

5. Menyediakan kajian kawalan kredit yang lebih kompeten dan terkini sebelum dibentangkan di dalam Mesyuarat Anggota Lembaga KPDRM.

6. Bertanggungjawab dalam membantu Ketua Bahagian membuat kajian dan menyemak dari masa ke semasa sistem pembiayaan kredit, Ar-Rahnu dan kawalan kredit yang sedia ada dan menentukan bahawa kepentingan KPDRM sentiasa dilindungi.

7. Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Anggota Lembaga atau lain-lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

8. Mengesahkan permohonan pembiayaan kredit oleh anggota setelah ianya didapati teratur dan disemak oleh Eksekutif Pembiayaan.

9. Membantu Ketua Bahagian dalam mempastikan pemeriksaan dalaman (audit dalaman) dibuat secara berkala dalam tempoh yang tertentu ke atas proses pembiayaan kredit, proses pembiayaan Ar-Rahnu berserta peralatannya dan proses kawalan kredit bagi menentukan ianya adalah sentiasa dikemaskini dan peralatan berada dalam keadaan terbaik.

10. Menyediakan permohonan modal tunai bagi kegunaan harian cawangan Ar-Rahnu sebelum ianya dihantar ke Bahagian Kewangan untuk kelulusan. 

11. Bertindak mewakili dan mengganti Ketua Bahagian dalam mana-mana mesyuarat atau perbincangan atau taklimat yang perlu dihadirinya jika perlu;

12. Mempastikan setiap Ketua Cawangan dan kakitangan masing-masing adalah kompeten dan didedahkan dengan kursus-kursus serta bagi mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang masing-masing.

13. Membantu Ketua-ketua Cawangan mentadbir cawangan masing-masing dalam tugasan harian demi usaha memastikan kelancaran tugasan dilaksanakan berdasarkan konsep kerjasama.


Jawatan Kosong 2021 di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad


2. PENOLONG EKSEKUTIF AR-RAHNU

Syarat Kelayakan:

Syarat dan kelayakan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia (calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja di organisasi yang melaksanakan operasi Ar-Rahnu mestilah tidak melebihi 40 tahun).

2)   Memiliki kelulusan peringkat Ijazah Sarjana / Sarjana Muda (keutamaan dalam bidang Pengurusan Perniagaan / Syariah / Pemasaran / Perakaunan / Kewangan / Perbankan Islam) atau yang setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan;

3)  Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja di syarikat yang menjalankan aktiviti Ar-Rahnu adalah satu kelebihan dan akan diberi keutamaan;

4)  Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta mampu bekerja secara berdikari termasuk menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum;

5) Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer/internet; dan

6)  Mempunyai integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja di bawah tekanan serta sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar pejabat.

Tugas dan Tanggungjawab:

Bertanggungjawab dalam membantu Ketua / Penyelia Cawangan menyelia dan menyusunatur tugasan kakitangan di bawah seliaanya di samping memastikan setiap tugasan adalah selari dengan kehendak dan dasar yang telah ditetapkan oleh KPDRM seperti berikut:
  1. Memastikan kakitangan seliaan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan kerja dan pejabat yang ditetapkan dalam melaksanakan tugas harian agar urusan pentadbiran Cawangan Ar-Rahnu berjalan lancar.
  2. Bertanggungjawab dalam membantu Ketua / Penyelia Cawangan membuat kajian dan menyemak dari semasa ke semasa sistem Ar-Rahnu yang sedia ada dan menentukan bahawa kepentingan KPDRM sentiasa dilindungi.
  3. Membantu Ketua / Penyelia Cawangan menyediakan cadangan dan membuat kajian terhadap produk-produk baru pembiayaan KPDRM.
  4. Membantu dalam menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Lembaga atau lain-lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  5. Menyelia dan mengemaskini harga emas secara harian bagi memastikan harga emas Ar-Rahnu yang digunapakai adalah sentiasa terkini serta mengikut harga pasaran.
  6. Memastikan setiap aktiviti dan transaksi Ar-Rahnu yang dilakukan adalah secara telus dan tanpa unsur-unsur penipuan.
  7. Memastikan urusan pentadbiran dan kewangan Cawangan Ar-Rahnu adalah diuruskan dengan teratur serta sistematik.
  8. Membantu Ketua / Penyelia Cawangan dalam merancang dan mencadangkan promosi perniagaan Ar-Rahnu setempat dan mendapatkan kelulusan dari Ketua Bahagian terlebih dahulu.
  9. Bertindak menggantikan Ketua / Penyelia Cawangan Ar-Rahnu sepanjang ketiadaan beliau (bercuti atau dipanggil ke Ibu Pejabat) dan memastikan keselamatan kakitangan dan fasiliti cawangan adalah berada dalam kondisi yang baik dan selamat.
  10. Menyemak, memantau dan mengesahkan hasil kerja kakitangan seliaan secara kerap dan teratur serta mematuhi SOP yang disediakan.
  11. Mentadbir rekod transaksi Ar-Rahnu cawangan secara sistematik dan teratur bagi tujuan pengauditan berkala yang akan dijalankan.
  12. Membantu dalam mentadbir rekod & data transaksi Ar-Rahnu dan melaporkan jumlah keuntungan bulanan.
  13. Melayani pertanyaan-pertanyaan anggota/pelanggan berhubung permohonan termasuk semua pertanyaan menerusi telefon.
  14. Membantu kakitangan Cawangan Ar-Rahnu dalam tugasan harian dalam usaha memastikan kelancaran tugasan dilaksanakan berdasarkan konsep kerjasama.

Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Close date : 22 Oktober - 18 November 2023




Latar Belakang

Ditubuhkan pada 24 April 1928 dengan tujuan membantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dan kakitangan di Jabatan Polis. Tanpa mengabaikan anggota, KPD telah membangun dari sebuah koperasi yang menyediakan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyak RM689.5 juta. KPD dikenali sebagai "SYARIKAT BERKERJASAMA BANTUAN DIRI SENDIRI, JIMAT CERMAT BAGI MEREKA DI DALAM PEKERJAAN POLIS, DI DALAM NEGERI MELAYU BERSEKUTU DENGAN TANGGUNGAN BERHAD".