Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - 3 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).


Jawatan:

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD53


Syarat-Syarat Lantikan:

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi  pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah  berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.; atau

(ii) Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah  memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah  berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.
Gaji permulaan lantikan pada Gred UD53 : RM6,182.00

b) Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil  Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh Kerajaan.


Syarat Tambahan LPPKN

1) Calon dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang mempunyai sekurang-kurangnya  lima (5) tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan serta berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

2) Calon yang mempunyai kepakaran dalam bidang O&G.


Tugasan Umum:

Memberikan perkhidmatan dan bertanggungjawab dalam bidang perubatan dan kesihatan dari segi pencegahan diagnostik, perawatan dan pemulihan bagi mengawal dan mempertingkatkan taraf kesihatan masyarakat setempat.


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 03 November 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Info LPPKN

Untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan penduduk yang berkualiti.

Secara ringkas kuasa, fungsi dan tanggungjawab LPPKN seperti yang dinyatakan dalam Akta 352 Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Pindaan 2006) adalah seperti berikut:-

Menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan dasar dan program kependudukan, pembangunan keluarga, dan reproduksi manusia.