Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Wakaf Selangor - 3 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Wakaf Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Wakaf Selangor


Jawatan:

1. PENOLONG EKSEKUTIF (AKAUN) 29

Jadual Gaji:
Gaji Minimum RM 1,498.00 - Gaji Maksimum RM 5,678.00

Nota: Jadual gaji ini belum termasuk elaun tetap seperti Elaun Khidmat Awam, Elaun Tetap Perumahan & Elaun Sara Hidup (COLA).


Penempatan : Unit Akaun, Bahagian Kewangan

Kelayakan :

i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma dalam Pengajian Perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

ii) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

i) Bertanggungjawab dalam penyediaan Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation). Membantu
dalam mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsifungsi perakaunan dan kewangan PWS, membantu melaksanakan analisis laporan kewangan serta fungsi tatacara kewangan agensi serta membantu penyediaan Penyata Kewangan Perbadanan; dan

Keutamaan:

ii) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang perakaunan sekurang-kurangnya satu (1) tahun serta mahir dalam penyediaan Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation).


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 03 November 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Wakaf Selangor

Sejarah Penubuhan

Tanggal 30 Oktober 2009, DYMM Tuanku Sultan Selangor bertitah supaya pihak MAIS menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) agar pengurusan wakaf dapat diperkasakan seperti pengurusan zakat;

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS Bil. 1/2010 yang bersidang pada 8 Februari 2010 telah memutuskan untuk mewujudkan PWS selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008;

Mesyuarat MAIS Bil. 3/2010 yang bersidang pada 29 Jun 2010 telah bersetuju untuk menubuhkan PWS di bawah peruntukan Seksyen 8, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008;

Mesyuarat MAIS Bil. 4/2010 yang bersidang pada 5 Oktober 2010 telah bersetuju dengan cadangan perlantikan Pengerusi dan Pengurus Besar PWS; dan

Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 telah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor pada 11 Januari 2011 dan diwartakan pada 3 Februari 2011.