Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang - 12 Oktober 2023

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: PT3/PMR

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 4 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,218.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
 
a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

Lesen D: RM1,264.15
Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
Lesen F/H: RM1,356.45
Lesen G/I: RM1,402.60


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.


Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Latar Belakang

Kerajaan negeri Pulau Pinang merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, undang-undang tertinggi di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang berpusat di ibukota negeri George Town.

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Eksekutif Negeri Pulau Pinang membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua pemerintahan Pulau Pinang adalah Ketua Menteri. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia adalah sistem federalis yang beroperasi seragam di seluruh negara.