Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - 5 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


Jawatan:

1. JURUUKUR BANGUNAN J41
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM 2,529.00 - RM 9,643.00

Kelayakan Lantikan:

(a) Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda

Bidang/Kelayakan Khusus: Ijazah sarjana muda dalam bidang ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gaji Permulaan : RM 2,529.00
DAN

(b) Syarat Lantikan Tambahan : Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


* keutamaan adalah diberikan kepada calon yang berkemahiran seperti berikut:
• berkemahiran di dalam Building Information Modelling (BIM).
• mahir menggunakan perisian SketchUp, AutoCAD dan Autodesk Revit


Ringkasan Tugas (Umum) : Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja kawalan bangunan yang merangkumi keperluan perundangan bangunan (building statutory requirements), penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, ukur kondisi bangunan (building condition survey), mentaksir risiko bangunan (risk assessment) dan pengekalan dan pemuliharaan bangunan.Mengurus aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan, projek-projek khas dan urusan pentadbiran am pejabat.


2. PENOLONG JURUUKUR BANGUNAN JA29
Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM 1,935.00 – RM 5,701.00

Bidang/Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji Permulaan : RM 1,935.00
DAN

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


* keutamaan adalah diberikan kepada calon yang berkemahiran seperti berikut:
• berkemahiran di dalam Building Information Modelling (BIM).
• mahir menggunakan perisian SketchUp, AutoCAD dan Autodesk Revit


Ringkasan Tugas (Umum) : Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja lapangan di tapak bagi kerja-kerja kawalan bangunan yang merangkumi keperluan perundangan bangunan (building statutory requirements), penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, audit bangunan (building condition survey), audit ruang (space audit), mentaksir risiko bangunan (risk assessment), pengurusan ruang, dan pengekalan dan pemuliharaan bangunan. Turut bertanggungjawab membantu dalam kerja-kerja kawal selia bangunan bermasalah dan projek terbengkalai yang merangkumi pemantauan keadaan bangunan dan projek terbengkalai di kawasan Majlis Perbandaran mengikut peruntukan undang-undang.


Tarikh tutup permohonan ialah pada : 05 November 2023 (Ahad) sebelum jam 12.00 tengah hari.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca  iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah




Jawatan Kosong 2023 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Sejarah

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993.