Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) - 15 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS)


Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

Jadual Upah:
Gaji Minimum : RM2,315.00
Gaji Maksimum : RM9,618.00
Kenaikan Tahunan (KGT) : RM225.00


Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,315.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,522.44); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,833.78); atau

(iv) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM3,145.11).


Ringkasan Tugas:

Menjalankan kerja-kerja penyelidikan, pembangunan (R&D) dan memberikan khidmat nasihat kepakaran serta menyebar maklumat-maklumat dalam bidang berkaitan keselamatan jalan raya.


Cara mohon:

1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my.

2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:

(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);

(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);

(d) Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan; dan

(e) Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di laman sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) / (MQR) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 November 2023 (Rabu) jam 5:00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, e-mel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.


*Sila rujuk iklan jawatan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 15 November 2023 (Rabu) jam 5:00 petang




Jawatan Kosong 2023 di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Sejarah

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan di Malaysia yang berperanan sebagai sebuah pusat sehenti untuk penjanaan penghasilan dan penyebaran ilmu serta maklumat keselamatan jalaran raya. Hasil kajian yang diperolehi daripada penyelidikan dan program-program intervensi berasaskan bukti menyediakan asas untuk merumuskan strategi baru, undang-undang, dasar, dan langkah-langkah penguatkuasaan, yang mengawal keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan.

Terlibat secara langsung di dalam penyelidikan, MIROS bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan tempatan dan antarabangsa dan badan-badan swasta untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, bertindak sebagai pusat sehenti bagi penjanaan dan penyebaran maklumat keselamatan jalan raya.