Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - 19 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Manjung


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29

2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (ELEKTRIK)

3. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19

4. PELUKIS PELAN GRED JA19


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi dalam talian (online) sahaja dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Laman Portal Perak Digital Negeri Perak di bawah Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong di https://digital.perak.my.


Catatan Am:

(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian/temu duga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian / temu duga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan dokumen berikut semasa dipanggil untuk sesi ujian/temu duga:

(i) Satu salinan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini

(ii) Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini

(iii) Surat Perakuan Ketua Jabatan sama ada beliau menyokong/tidak menyokong permohonan jawatan tersebut.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 19 November 2023 (Ahad)




Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Manjung (MPM)

Latar Belakang

Majlis Daerah Manjung (MDM) telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada 1 Ogos 2001. Keluasan kawasan MPM terbahagi kepada :-

Luas Kawasan Majlis tahun 2006 ialah 301.82 km persegi @ 20.88% dari keseluruhan Daerah Manjung (1,171km persegi)
Kawasan Operasi (180.47 km persegi)
Kawasan Kawalan (121.35 km persegi)