Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang - 9 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: STPM/STAM/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 - 3 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,672.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95); atau


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.


Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Latar Belakang

Kerajaan negeri Pulau Pinang merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, undang-undang tertinggi di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang berpusat di ibukota negeri George Town.

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Eksekutif Negeri Pulau Pinang membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua pemerintahan Pulau Pinang adalah Ketua Menteri. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia adalah sistem federalis yang beroperasi seragam di seluruh negara.