Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Labuan - 17 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Labuan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Labuan


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM 1,493.00
Gaji Maksimum : RM 5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a. Sijil Tinggi Persekolah Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29 : RM 1,493.00) ; atau

b. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM 1,493.00)

c. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah Gred N29 : RM 1,770.95).


2. PENOLONG JURUTERA JA29

Bilangan Kekosongan : 2

- 1 ( Mekanikal)
- 1 (Kejuruteraan Awam)


Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM 1,549.00
Gaji Maksimum : RM 5,701.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a. Sijil dalam bidang kejuruteraan (Kejuruteraan Awam) / ( Kejuruteraan Mekanikal) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM 1,549.00); atau

b. Diploma dalam bidang kejuruteraan (Kejuruteraan Awam) / ( Kejuruteraan Mekanikal) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM1,935.02)


Jawatan Kosong di Perbadanan Labuan


Syarat Permohonan:

i. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat Bawah Blok A, Wisma Perbadanan Labuan, W. P. Labuan. Maklumat jawatan kosong serta Borang Permohonan Jawatan juga boleh didapati melalui
Laman Web: www.pl.gov.my;

ii. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan seperti berikut:

a. Sekeping gambar (ukuran passport) terkini; (WAJIB)

b. Salinan kad pengenalan; (WAJIB)

c. Sijil lahir pemohon; (pemohon dan Ibubapa) (WAJIB)

d. Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik; (WAJIB) (PT3/PMR/SPM/DIPLOMA/IJAZAH)

e. Sijil berhenti sekolah; dan

f. Sijil kegiatan luar dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. (semua salinan dokumen yang dinyatakan di atas perlu disahkan dari salinan asal oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas atau pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan untuk sijil-sijil berkaitan)

iii. Pemohon hendaklah bebas daripada apa-apa rekod jenayah, tidak menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya serta tiada masalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi kerja;

iv. Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di para (ii) dan (iii) di atas atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak; dan

v. Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 17 November 2023 (Jumaat)







Latar Belakang

Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)