Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Taman Negara Johor - 20 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Taman Negara Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Taman Negara Johor


Jawatan:

1. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29 - 2 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,494.00
Gaji Maksimum : RM 5,674.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang perhutanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86); atau

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Fungsi Bidang Tugas:

Bertanggungjawab dalam membantu merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan pemeliharaan dan perlindungan terhadap alam semulajadi termasuk hidupan liar serta habitatnya melalui program CEPA, konservasi dan eko-pelancongan selain melaksanakan tugasan berkaitan skop penguatkuasaan serta perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar kerajaan serta menerima arahan daripada semasa ke semasa Ketua Jabatan dalam menjalankan tugasan.


Jawatan Kosong di Perbadanan Taman Negara Johor


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh dimuat turun dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan disediakan pada Iklan Jawatan Kosong.

(b) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis menggunakan pen biru atau hitam dan tulisan tangan pemohon dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR (pengesahan tulisan tangan akan dibuat semasa sesi temuduga).

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan yang telah diakui sah salinannya (Pegawai yang layak membuat pengesahan Salinan dokumen adalah daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred41, Kumpulan A dan ke atas dan lain-lain seperti Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Wakil Rakyat/Senator/Ketua Masyarakat).

(d) Bagi permohonan jawatan kosong Gred 29 dan ke atas perlu menyediakan video resume yang berdurasi tidak melebihi daripada 3 minit yang menggunakan suara pemohon sebenar dengan rakaman menampakkan penampilan diri daripada kepala hingga ke paras lutut dan berpakaian pejabat atau formal. Video resume tersebut hendaklah dihantar melalui e-mel jnpc@johor.gov.my dan ianya perlu merangkumi sebahagian besar perkara-perkara berikut:

i. Ringkasan latar belakang keluarga pemohon;
ii. Ringkasan latar belakang pendidikan pemohon;
iii. Ringkasan pengalaman kerja pemohon;
iv. Pekerjaan/aktiviti terakhir atau semasa pemohon;
v. Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon;
vi. Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon;
vii. Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau NGO;
viii. Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon;
ix. Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon; dan
x. Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon;

(e) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab A – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 bersama Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini serta salinan Laporan Nilai Prestasi Tahunan terakhir.

(f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar atau dimajukan (Waktu Pejabat sekiranya melalui serahan tangan) ke alamat sepertimana berikut:

Pengarah
Perbadanan Taman Negara Johor
Aras 1, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang
Kota Iskandar
79575 Iskandar Puteri
JOHOR DARUL TA’ZIM

(g) Sila tuliskan nama jawatan (huruf besar) yang dipohon di sudut kiri sebelah atas
sampul surat dengan jelas dan terang.


* Sila baca iklan lengkap kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan :  20 November 2023 (Isnin)






Latar Belakang

Membangunkan taman-taman negara Johor dan tapak-tapak Ramsar Johor sebagai Pusat Pemuliharaan Biodiversiti bertaraf dunia melalui aktiviti-aktiviti kajian, pendidikan alam sekitar dan eco-pelancongan, dan mencapai taraf Tapak Warisan Dunia 2010.