Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) - 7 Disember 2023 (Khamis)

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM & SPM / SKM

1. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19 - 110 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,353.00
Gaji Maksimum : RM4,005.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
 
a. warganegara Malaysia; dan  
 
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  
 
c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau

(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 07 Disember 2023 (Khamis) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

Organisasi

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan Malaysia, bermula sebagai Bahagian Penilaian di Perbendaharaan Malaysia pada 1 Jun 1957. Kini JPPH mempunyai pegawai dan staf seramai 2,101 yang mana 260 daripadanya merupakan penilai profesional. Fungsi dan aktiviti Jabatan diperkembangkan untuk memenuhi keperluan kepakaran yang berkaitan dengan industri harta tanah.