Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang - 18 Disember 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang


Jawatan:

1. PEGAWAI PERTANIAN G41


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia ;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41 : RM2,390.37); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh  Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41 : RM2,492.57)


Cara-cara Membuat Permohonan:

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Pahang di http://pahang.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang.

c. Tarikh tutup permohonan adalah pada hari  18 Disember 2023 (Isnin).

d. Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL: (09-4602000/2032)





Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang

History

Alasan upacara anggaran RM26 juta kampus tetap untuk ITM Cawangan Pahang pecah telah dilakukan oleh Menteri Besar YB Dato Seri Haji Khalil Yaakob pada 22 Ogos 1988. Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan 1000 ekar tanah di Bandar Pusat Jengka, dalam daerah Maran, untuk menjadi tapak untuk kampus tetap yang akan dibina. Kampus ini dibina dalam dua fasa, fasa awal untuk menampung 2500 pelajar dan akhirnya kampus, dengan kemudahan lengkap dan infrastruktur, dapat menampung 4500 pelajar.