Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) - 18 Disember 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41 - 1 Kekosongan

2. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41 - 1 Kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 - 2 Kekosongan

4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29 - 1 Kekosongan

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 - 4 Kekosongan

6. PENOLONG AKAUNTAN W29 - 1 Kekosongan

7. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 - 5 Kekosongan

8. PEMBANTU PENILAIAN W19 - 2 Kekosongan

9. PEMANDU KENDERAAN H11 - 3 Kekosongan

10. PEMBANTU AWAM H11 - 5 Kekosongan


Cara Membuat Permohonan:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu www.mpaj.gov.my (atau melalui link yang admin sediakan di bawah)

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan :

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

ii) Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;

iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara - (jika berkenaan);

iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);

v) Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan

vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.


c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT yang terkini).

d) Calon-calon yang terpilih akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan Ujian Kecergasan (Fitness) (sekiranya ada) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 18 Disember 2023 (Isnin)





Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

Latar Belakang

Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah. Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'.