Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 22 Disember 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)


Jawatan:

1. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI SPKU 19 - 3 Kekosongan


1. (a) Jawatan : Skim Perkhidmatan Khas Universiti Gred 19 (KONTRAK)
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Pelaksana
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

2. Emolumen / Gaji : RM1,550.00

3. Had Umur : Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan maksimum berumur 54 tahun.

4. Syarat Lantikan :
• Warganegara Malaysia.
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : Calon bagi lantikan dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

6. Deskripsi Tugas : Mengurus dan menyediakan bahan berkaitan penerbitan korporat, jemputan, hebahan serta liputan media dan mendokumentasikan bahan bagi meningkatkan imej universiti.

7. Taraf Jawatan : Kontrak

8. Tempoh Lantikan : Tempoh pelantikan hendaklah sekurang-kurangnya satu (1) bulan tetapi tidak melebihi 36 bulan (3 tahun).

9. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


*Sila rujuk iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 22 Disember 2023 (Jumaat).





Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Latar Belakang

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.