Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Infaq ANGKASA - 25 Disember 2023

Jawatan Kosong 2023 di Yayasan Infaq ANGKASA | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Infaq ANGKASA


Jawatan:

1. PEGAWAI IT DAN MEDIA


Syarat & Kelayakan:
  1. Mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
  2. Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  3. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan ICT, pengurusan projek dan lain-lain
  4. atau mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun bekerja dalam bidang
  5. Teknologi Maklumat dan Pemasaran.
  6. Mencapai umur 25 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  7. Mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau lebih
  8. tinggi dalam bidang Teknologi Maklumat, Teknologi Media, Pemasaran, Komunikasi
  9. dan bidang-bidang lain yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan dan institusi
  10. pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  11. Mampu bekerja tugasan luar, berkomunikasi dengan baik serta berkebolehan
  12. membuat kertas kerja.
  13. Bertanggungjawab dan komited dengan kerja serta memahami konsep pemasaran,
  14. strategi penjualan, pengiklanan, dan promosi melalui media.
  15. Boleh menggunakan pelbagai produk aplikasi ‘Microsoft Office’ dengan baik.

Bidang Tugas:
  1. Membantu menguruskan hal-hal melibatkan tugas dan fungsi teknologi maklumat
  2. dan pemasaran YIA.
  3. Menyediakan konsep pengiklanan dan promosi yang bersesuaian dengan bajet dan
  4. pengisian maklumat yang diberikan
  5. Melaksanakan proses mengemaskini data melalui sistem pengurusan maklumat yang
  6. dilaksanakan serta merancang pemasaran secara berkala setiap bulan untuk online
  7. & offline.
  8. Mengurus penyelenggaraan peralatan komputer di YIA dan mengetahui cara
  9. membuat suntingan video, foto dan grafik untuk iklan video pendek bagi siaran di
  10. media sosial (Facebook, TikTok dan Youtube).
  11. Mengurus analisis maklumat asas dan semua input maklumat lain yang diperolehi
  12. serta mengemukakan statistik secara berkala.
  13. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan pemasaran
  14. dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan YIA.
  15. Menjalankan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat YIA iaitu
  16. telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi serta kawalan
  17. akses ke atas maklumat keselamatan ICT YIA.
  18. Menyediakan reka bentuk grafik menggunakan perisian Adobe Illustrator untuk
  19. penghasilan imej iklan seperti poster, brosur, katalog produk dan risalah.
  20. Menyelenggara & mengemaskini Laman Web YIA mengikut keperluan semasa.
  21. Menguruskan & menyelenggara emel rasmi YIA dan media sosial.
  22. Menguruskan dashboard Payment Gateway Donation YIA.

Cara Membuat Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis atau emel ke humanresources.yia@gmail.com kepada Pengurus Yayasan Infaq ANGKASA dengan menyertakan resume yang lengkap selewat-lewatnya pada 25 Disember 2023.

Hanya permohonan yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Disember 2023 (Isnin)




Jawatan Kosong di Yayasan Infaq ANGKASA

Latar Belakang

Yayasan Infaq ANGKASA merupakan sebuah pemerbadanan yang diasaskan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258]. Objektif penubuhan Yayasan ini adalah untuk membangunkan harta wakaf bagi kepentingan masyarakat umum selain dapat menyediakan saluran kebajikan yang sistematik, dinamik dan bersepadu. Selaras dengan perkembangan dana dan projek yang semakin memberi impak kepada masyarakat, Yayasan ini menyasarkan perkhidmatan kebajikan yang lebih meluas di dalam dan luar negara.