Jawatan Kosong 2024 di Jabatan Mufti Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Mufti Johor
Jawatan:
1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41 - 5 Kekosongan
Jadual Gaji : RM2,078.00 — RM9,544.00
Syarat-syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
ii. ljazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Istitusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S41 : RM2,281.86)
(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(d) Pegawai yang dilantik boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan.
(e) Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
(f) Penaklukan di bawah syarat-syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Deskripsi Tugas:
Perancang, pengkaji, penyelidik, penulis, penterjemah dan pendakwah di Sekretariat Ahli Sunnah Wal Jamaah, Jabatan Mufti Johor.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Join Media Sosial Kami : Klik Sini
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2024 (Rabu), 12 tengahari
Latar Belakang
Sebelum 1 Januari 2000 Jabatan Mufti Johor adalah sebahagian daripada bahagian-bahagian di Jabatan Agama Johor. Dengan lain perkataan, segala polisi, objektif dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan serta pegawai dan kakitangan tertakluk kepada Jabatan Agama Johor. Pengarah Jabatan Agama Johor adalah sebagai Pegawai Pengawal dan Ketua Jabatan yang akan membuat ketentuan dan keputusan mengenai semua hal pentadbiran.
Mulai 1 Januari 2000, dengan persetujuan Kerajaan Negeri Johor, Bahagian Mufti telah berpisah dengan Jabatan Agama Johor dan dikenali sebagai Jabatan Mufti Johor yang mana Sahibus Samahah Mufti adalah sebagai Pegawai Pengawal dan Ketua Jabatan.