Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad - 3 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad.


Jawatan:

1. EKSEKUTIF / PENOLONG EKSEKUTIF SOKONGAN PERNIAGAAN


Syarat Kelayakan:

1. Memiliki Diploma / Ijazah  yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang yang berkaitan

2. Mempunyai keperibadian dengan integriti dan kemahiran komunikasi yang baik.

3. Mempunyai minat terhadapt akitviti pemasaran produk.

4. Mempunyai kemahiran komputer yang baik, termasuk penggunaan Microsoft Word dan Excel.

6. Lepasan graduan digalakkan memohon. 


Bidang Tugas:

1. Mengenal pasti bakal pelanggan dan mengesyorkan penyelesaian produk yang sesuai kepada pelanggan.

2. Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti jualan dan promosi koperasi di dalam dan di luar cawangan untuk mencapai sasaran jualan.

3. Memenuhi semua permintaan pelanggan dengan segera dan tepat.

4. Berkomunikasi dengan pihak Pengurusan mengenai maklum balas pelanggan.

5. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa.


Lain-lain:

1. KOPERASI menawarkan persekitaran kerja yang kondusif.

2. Faedah menarik disediakan seperti faedah perubatan dan pembiayaan kepada kakitangan. *
(Tertakluk kepada Terma & Syarat).

3. Latihan kerja akan diberikan.


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 03 Februari 2024




Jawatan Kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad

Latar belakang

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993 dibawah naungan BSN dan seliaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan. Idea Penubuhan koperasi ini telah dicadangkan oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional ketika itu iaitu Ybhg. Datuk Mohd Kassa bin Abd. Aziz.

Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhannya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat. Aktiviti utama KOBANAS sehingga kini adalah merupakan koperasi kredit yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada anggota selain dari menjalankan aktiviti perniagaan café dan parking yang telah diamanahkan oleh Pengurusan BSN.