Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad - 9 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad


Positions:

1. EKSEKUTIF PEMASARAN & PROMOSI


Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

1) Warganegara Malaysia berumur 25 - 35 tahun (calon-calon yang memiliki pengalaman bekerja di organisasi yang menjalankan aktiviti pemasaran mestilah tidak melebihi 40 tahun).

2) Memiliki kelulusan peringkat Sarjana Muda (keutamaan dalam bidang Pengurusan Perniagaan / Pemasaran / Perakaunan / Kewangan/Perbankan / Pelaburan) atau yang setaraf dengannya dari Institusi
Pengajian Tinggi yang diiktiraf Kerajaan; dan

3) Memiliki kelulusan peringkat SPM atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik / Prinsip Akaun serta lulus dalam tiga mata pelajaran lain;

4) Mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengalaman bekerja di syarikat yang menjalankan aktiviti pemasaran adalah satu kelebihan dan akan diberi keutamaan;

5) Mempunyai daya kepimpinan dan integriti yang tinggi dan berkeupayaan bekerja secara berdikari di bawah tekanan termasuk menyelesaikan masalah dengan penyeliaan minimum;

6) Memiliki kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik di semua peringkat dan mahir dalam penggunaan komputer/internet; dan

7) Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pemasaran dan sentiasa bersedia melaksanakan tugasan di luar 


Skop Tugas dan Tanggungjawab:

1. Merancang pelan dan strategi pemasaran dan promosi;

2. Meneliti, mempelajari dan mahir tentang maklumat dan kekuatan (sellingpoint) produk-produk/produk sedia ada KPDRM;

3. Mempunyai kemahiran dalam reka bentuk “multimedia” bagi menyediakan kit pemasaran dan bahan pengiklanan termasuk brosur digital dan“hardcopy”;

4. Merangka dan merancang belanjawan Pemasaran dan Promosi untuk dimajukan kepada Ketua Bahagian;

5. Merangka sasaran jualan dan jangka masa untuk dicapai bagi tujuan perbincangan bersama Ketua Bahagian;

6. Mencadangkan harga dan margin jualan produk yang sesuai;

7. Menyediakan kit pemasaran untuk tujuan pemasaran/promosi (digital / softcopy dan hardcopy) termasuklah brosur, banner, cenderahati;

8. Menentukan aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi bulanan dan tahunanyang bersesuaian (pameran, booth, media sosial dan lain-lain);

9. Merancang jadual bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi;

10. Melaksanakan aktiviti pemasaran dan promosi di balai-balai serta di lokasi sasaran; dan

11. Melaporkan hasil jualan harian, mingguan dan bulanan berdasarkan sasaran (target) yang telah ditetapkan kepada Ketua Bahagian.


Jawatan Kosong di Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad

Cara Memohon:

Borang permohonan boleh diperolehi di Cawangan Sumber Manusia (CSM), Tingkat 10, Bangunan Koperasi Polis, No. 1, Jalan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Borang yang telah lengkap beserta salinan sijil-sijil dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan ke CSM seperti alamat di atas atau melalui e-mel ke csm@kpd.com.my pada atau sebelum jam 3.00 petang, 9 Februari 2024.

Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas tarikh di atas tidak akan diberi pertimbangan. Hanya calon yang layak dan memenuhi syarat akan disenarai pendek dan dipanggil untuk sesi temuduga.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Close date :  09 Februari 2024 sebelum jam 3.00 petang, 





Latar Belakang

Ditubuhkan pada 24 April 1928 dengan tujuan membantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dan kakitangan di Jabatan Polis. Tanpa mengabaikan anggota, KPD telah membangun dari sebuah koperasi yang menyediakan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyak RM689.5 juta. KPD dikenali sebagai "SYARIKAT BERKERJASAMA BANTUAN DIRI SENDIRI, JIMAT CERMAT BAGI MEREKA DI DALAM PEKERJAAN POLIS, DI DALAM NEGERI MELAYU BERSEKUTU DENGAN TANGGUNGAN BERHAD".