Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Temu Duga Terbuka Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - 14 & 15 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)


Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM H11 - 11 Kekosongan

Gred Jawatan : H11
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Jumlah Kekosongan : Sebelah (11)
Keutamaan : Lelaki
Jadual Gaji : RM54.00 sehari (Gaji Secara Pekerja Sambilan Harian)


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia; dan

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Keutamaan:

Calon hendaklah berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun 2024.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Awam Gred H11 adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Maklumat Tambahan:

Hanya calon yang berjaya melepasi semua peringkat ujian Kecergasan sahaja akan dipanggil ke Sesi Temuduga Terbuka pada tarikh yang sama.


Cara Memohon :

i. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

ii. Permohon hendaklah hadir ke Ujian Kecergasan dan Temuduga Terbuka pada 14 atau 15 Februari 2024 di Zoo Melaka, Ayer Keroh, Melaka.

iii. Pemohon diminta membawa bersama dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN yang diperlukan seperti berikut:-

a) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran

b) Lesen Memandu Yang Masih Sah Dikeluarkan Oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

c) Satu (1) Keping Gambar Terbaru Berukuran Passport

d) Sijil Kelulusan Persekolahan PMR/ PT3

e) Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/ SPM(V) dan Sijil Tamat Persekolahan

iv. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta merta.


Syarat Dan Peringatan:

i. Pemohon hendaklah lengkap divaksinasi Covid-19.

ii. Pemohon perlu sihat tubuh badan dan bebas daripada jangkitan Covid-19 pada tarikh Ujian Kecergasan dan Temuduga Terbuka dilaksanakan.

iii. Permohon hendaklah berpakaian T-Shirt Berkolar Warna Putih dan Seluar Sukan Panjang Berwarna Gelap.

iv. Pemohon digalakkan membawa pakaian tambahan untuk Sesi Temuduga Terbuka.

v. Membawa kelengkapan alat tulis untuk merekod maklumat anggota serta bekalan makanan/minuman yang mencukupi.

vi. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab sekiranya kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kecuaian pemohon.

vii. Pemohon diminta hadir awal atau sekurang-kurangnya tepat pada waktu yang ditetapkan. Sekiranya lewat, kehadiran calon adalah terbatal.

viii. Pemohon digalakkan makan satu jam awal sebelum masa ujian dilaksanakan.

ix. Pemohon perlu memaklumkan sebarang kecederaan serius yang pernah dialami yang boleh membahayakan diri jika menyertai aktiviti ujian ini.

x. Calon diminta untuk mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam dan sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti ujian ini.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini


Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mula beroperasi pada 1 Januari 2010.

Berkeluasan 35,733.04 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah-tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.